Monday, February 27, 2017

Info Pancing 2017


Tahun 2017 pastinya menjanjikan cabaran dan rintangan bagi peminat joran..dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, namun bagi peminat tegar joran itu tidak menjadi halangan dan mematahkan semangat untuk meneruskan minat memancing.

Bagi anda berada di Kuala Lumpur pastikan jangan terlepas untuk menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur pada 5 Mac ini (Ahad) yang akan berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir. Pertandingan akan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tgh.

Menariknya, pada tahun 2017, hadiah juara berbentuk wang tunai kini bertambah menjadi RM7,000 berbanding RM6,000 pada tahun sebelumnya. Dan pada 12 Mac 2017 akan diadakan Cabaran Memancing Ulang Tahun ke-16 Seri Bayu Tekala, Semenyih.. Banyak hadiah-hadiah menarik ditawarkan!!


Bagi anda yang berada di Terengganu, jangan lupa pertandingan memancing sempena tahun melawat Terengganu 2017.. Sila lihat gambar di bawah untuk maklumat lanjut.








Info Joran

Mohd Marzuki

Blogger

Terima Kasih kerana mengunjungi Info-joran, sebarang cadangan sila hubungi saya!

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop