Monday, May 1, 2017

Cabaran Memancing Mei 2017


Assalamualaikum, bertemu kembali di info Joran dan Selamat menyambut hari pekerja 2017, sempena bulan Mei ini ada beberapa Cabaran Memancing untuk anda sertai bagi merebut Wang tunai dan hadiah cabutan bertuah.

Bertempat di KM2, Jln AMBS, Pasir Raja, Dungun Terengganu akan dianjurkan cabaran memancing Jejak Suci sebagaimana dibawah;

Tarikh : 12 Mei 2017
Hari : Jumaat
Tempat: di KM2, Jln AMBS, Pasir Raja, Dungun ( tasik Jejak Suci)

Yuran Pendaftaran: RM 79

Jom sertai ! 400 helai T-shirt disediakan untuk penyertaan awal. Untuk maklumat lanjut sila hubungi;

Cikgu Nasir- 0139233299
Kamaruzaman- 0199664314


0

Tuesday, February 28, 2017

Kedai Alat Pancing Shah Alam


Jika anda pernah mengunjugi kedai alatan memancing OAG WorldWide Sdn Bhd, pastinya anda akan terpesona dengan pelbagai alatan memancing dari yang murah hingga yang termahal. OAG mempunyai pelbagai stock produk dan produk yang yang jarang  ditemui di tempat lain. Diantara jenama produk yang ada di OAG Worldwide ialah Berkley, Zman, Pflueger, Abu Garcia, Opas, produk worm hook, Sebile, Destroyer, Penn dan pelbagai lagi. 


Bertempat di No 5-1, Jalan Dagang U13/AJ, Setia Alam, Shah Alam iaitu berdekatan komplek membeli belah Setia City Mall.  Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan memancing yang diidamkan. perniagaan dibuka dari jam 10.00 am hingga 7.00 pm..Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/OAGWorldwide/
0

Monday, February 27, 2017

Info Pancing 2017


Tahun 2017 pastinya menjanjikan cabaran dan rintangan bagi peminat joran..dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, namun bagi peminat tegar joran itu tidak menjadi halangan dan mematahkan semangat untuk meneruskan minat memancing.

Bagi anda berada di Kuala Lumpur pastikan jangan terlepas untuk menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur pada 5 Mac ini (Ahad) yang akan berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir. Pertandingan akan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tgh.

Menariknya, pada tahun 2017, hadiah juara berbentuk wang tunai kini bertambah menjadi RM7,000 berbanding RM6,000 pada tahun sebelumnya. Dan pada 12 Mac 2017 akan diadakan Cabaran Memancing Ulang Tahun ke-16 Seri Bayu Tekala, Semenyih.. Banyak hadiah-hadiah menarik ditawarkan!!


Bagi anda yang berada di Terengganu, jangan lupa pertandingan memancing sempena tahun melawat Terengganu 2017.. Sila lihat gambar di bawah untuk maklumat lanjut.








0

Friday, January 2, 2015

Pertandingan Memancing 2015

Jom sertai cabaran memancing tahun baru 2015, rebut peluang Hadiah Utama bernilai RM42,000 ringgit dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan.

Bertempat di Seri Bayu Tekala, Semenyih Kajang. Pertandingan pembuka tirai 2015 ini akan berlangsung pada 18/1/2015 (8.30 pg -1.30 ptg).

Klik pada gambar untuk besarkan saiz dan lihat info berkaitan...
1

Tuesday, August 19, 2014

Ikan Kerapu Gergasi 152 kg


Gempar! Sekumpulan nelayan di perairan Kuala Kedah berjaya menangkap ikan kerapu harimau gergasi sepanjang 2.1 meter seberat
152 kilogram (kg).

Ikan yang dikenali sebagai ‘loong tan’ dalam kalangan masyarakat Cina ditangkap nelayan Khamis lalu.

Menurut Pemborong ikan, Ng Kong Yoong, 37, dia sendiri tidak menyangka akan mendapat hasil tangkapan seperti itu kerana kebiasaan dia hanya memperolehi ikan kecil.

“Biasanya ikan yang kami tangkap adalah lebih kecil dan mempunyai berat kurang dari 100 kg. Tetapi, sejak tiga tahun berniaga, inilah kali pertama saya mendapat hasil tangkapan terbesar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjual ikan itu kepada sebuah restoran makanan laut di sini dengan harga RM9,120.

sumber- sinarharian
0

Friday, May 30, 2014

Pertandingan Pancing Tanjung Leman Tawar Hadiah Lumayan!


Sertai Pertandingan Pancing (Kategori Laut Dalam dan Pantai) di Tanjung Leman Mersing Johor pada 4hb April 2014(Jumaat). Banyak hadiah-hadiah  menarik ditawarkan!!! Untuk maklumat lanjut dan borang pertandingan, sila dapatkan borang penyertaan di dalam Sisipan Joran BH Hari Jumaat ni.

Pertandingan Pancing laut dalam akan berlangsung pada 4 hb dan 5hb untuk ketegori Pantai..
0

Tuesday, April 1, 2014

Program Realiti Juara Joran Astro


Sekiranya anda seorang kaki pancing, Sertai Program terbaru di Astro iaitu Juara Joran. Program ini adalah sebuah rancangan realiti yang melibatkan seorang pemancing dan seorang artis di dalam satu pasukan. Mereka akan bersaing dengan 16 pasukan diantara mereka yang mana masing-masing akan melalui cabaran yang akan menguji ketahanan mental, fizikal dan bakat memancing. Pada pengakhirannya mereka akan bertanding dalam kemahiran memasak secara langsung dan pasukan yang berjaya secara keseluruhannya akan meneruskan perjuangan mereka ke tahap seterusnya dan yang kalah akan disingkirkan.

Syarat-syarat penyertaan

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 - 45 tahun pada 30 Mac 2014
  • Mesti berkebolehan memancing ikan
  • Mesti berkebolehan untuk memasak
  • Mesti berada dalam kesihatan yang sempurna dan bersedia untuk aktiviti luar

Untuk muat turun borang penyertaan, sila klik disini dan hantar kejuarajoran@astro.com.my 
0
Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop