Sunday, October 13, 2013

Tips Pancing Ikan Kerapu


Ikan Kerapu merupakan ikan yang bernilai tinggi. Ia menjadi kegilaan ramai kaki pancing kerana katanya jika berjaya mendaratkan ikan ini bersamaan dengan satu kejayaan yang amat besar bagi seseorang insan yang bergelar kaki pancing. Bersesuaian dengan harganya yang cukup tinggi ikan ini sememangnya susah untuk di dapati.


Tips dan Panduan 



1. Lokasi

Ikan kerapu amat gemar berada di kawasan batu karang di kawasan yang berbatu. Ikan ini merupakan 'ikan pemangsa' yang pemalas yang juga berat perut. Ikan ini biasanya gemar menyambar mangsanya dan cepat-cepat di bawa masuk ke dalam lubang atau struktur yang menjadi kediaman ikan tersebut.

2. Umpan

Pemilihan umpan juga perlu dititik beratkan oleh Kaki Pancing bagi mendaratkan Ikan Kerapu. Biasanya ikan ini lebih gemar dengan umpan yang bersaiz besar. Ikan Tongkol juga merupakan salah satu umpan yang sesuai untuk mendaratkan kerapu. Selain itu, kurita juga boleh dijadikan umpan untuk mendaratkan kerapu. Lagi besar umpan lagi baik untuk Kaki Pancing mendaratkan Kerapu.

3.Teknik Pancing

Memancing Ikan kerapu memerlukan kesabaran dan teknik yang betul. Bagi yang baru menceburi bidang memancing, banyakkan bersabar dan berusaha. Ini kerana Sang Kerapu sang agresif dan menghadapi cabaran Kerapu adalah satu syarat terpenting bagi mengelakkanya masuk ke sarang atau celahan batu.Teknik yang paling asas ialah Kaki Pancing jangan memberi sebarang peluang kepada sang Kerapu untuk menarik keluar tali dan kekili dan memaling kepalanya ke bawah.



Bagi seseorang Kaki Pancing mereka perlulah mengekangnya sepantas dan sekuat yang mungkin dan memaksanya supaya bertahan dengan agak lama sambil mencuba untuk menariknya ke permukaan air. Cara ini mungkin memenatkan tetapi ia berbaloi kerana Kerapu hanya melawan sekejap sahaja akhirnya ia akan tertewas jua jika Kaki Pancing bersabar dan tidak patah semangat. Sebolehnya elakkan daripada menggunakan tali pancing bersaiz kecil atau joran bersaiz sederhana.


Info Joran

Mohd Marzuki

Blogger

Terima Kasih kerana mengunjungi Info-joran, sebarang cadangan sila hubungi saya!

3 comments:

  1. maksih infonya gan, numpang lapak : getahkatilayucirebon.com

    ReplyDelete
  2. terima aksih.. cara memancing ikan kerapu ini terbaik. InsyaAllah Tips pancing ikan kerapu yang sauadara postkan amat cari saya selama ini

    ReplyDelete
  3. tips yang diberikan sangat berguna ............

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop