Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri. Ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.
Ada 3 jenis candat yang biasa terdapat di malaysia:
1: Candat umpan- sebatang besi yang terdapat mata tajam pada bahagian ekor nya. Ikan akan di cucuk dari ekor sehingga tembus ke kepala. Di mainkan tanpa menggunakan pemberat-Spisis di buru Sotong Torak.
2: Candat Twist- Lebih baik Buatan tangan nelayan.Merangkumi mata dan pemberat.Tidak perlukan pemberat tambahan cukup dengan candat tersebut.Biasanya di mainkan dengan mengunjun ke bawah.terdapat 3/4 candat digunakan pada satu main line.Spicis diburu sotong Tumpat.
3: Squid Jig (Candat berbentuk udang dgn pemberat di dada) Terlalu banyak di pasaran. Lebih efektif untuk casting sotong seperti sotong Mengabang dan Sotong Katak.
MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI
Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap /mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain.
No comments:
Post a Comment