Monday, March 11, 2013

Lubuk Ikan Gergasi-Lucornia Miri


Setiap Mei, perairan terumbu karang Lucornia yang terletak 120 batu nautika dari Kuala Miri atau lapan hingga 12 jam perjalanan menggunakan bot menjadi tumpuan kaki pancing bukan sahaja dari negeri ini bahkan pelancong asing khususnya dari China dan Hong Kong.
 
Pada masa itu, Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri diadakan secara besar-besaran oleh Kelab Pemancing Miri (KPM).Perairan Lucornia adalah antara kawasan gugusan terumbu karang di utara negeri ini yang kaya dengan pelbagai spesies ikan bersaiz besar, termasuk tuna sirip kuning, ikan layar dan kerapu yang mempunyai berat puluhan kilogram (kg).

Sejak pertandingan memancing laut dalam diadakan pada 2006, perairan itu terus menggamit kaki pancing daripada seluruh dunia.Malah, perairan Lucornia yang menempatkan gugusan terumbu itu diiktiraf sebagai salah satu perairan yang masih bersih, bebas daripada pencemaran dan sangat kurang diganggu di rantau Asia Tenggara.

Di situlah pemancing tegar mencuba nasib memecahkan rekod peribadi untuk mencari ikan terberat yang bermain di sekitar terumbu di perairan yang mempunyai kedalaman sehingga 200 meter itu.Kedalaman airnya bukan hanya menjadi tumpuan kerapu atau kertang yang bersaiz mega malah turut menjadi tempat bermain ikan layaran seperti giant trevalley dan escola.

Info Joran

Mohd Marzuki

Blogger

Terima Kasih kerana mengunjungi Info-joran, sebarang cadangan sila hubungi saya!

1 comment:

  1. Salam tuan...

    Boleh dapatkan no hp tuan untuk dihubungi... pls contact 0129073434 watsapp 0162640067 email: delimabirusakti@yahoo.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop