Tuesday, August 19, 2014

Ikan Kerapu Gergasi 152 kg


Gempar! Sekumpulan nelayan di perairan Kuala Kedah berjaya menangkap ikan kerapu harimau gergasi sepanjang 2.1 meter seberat
152 kilogram (kg).

Ikan yang dikenali sebagai ‘loong tan’ dalam kalangan masyarakat Cina ditangkap nelayan Khamis lalu.

Menurut Pemborong ikan, Ng Kong Yoong, 37, dia sendiri tidak menyangka akan mendapat hasil tangkapan seperti itu kerana kebiasaan dia hanya memperolehi ikan kecil.

“Biasanya ikan yang kami tangkap adalah lebih kecil dan mempunyai berat kurang dari 100 kg. Tetapi, sejak tiga tahun berniaga, inilah kali pertama saya mendapat hasil tangkapan terbesar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjual ikan itu kepada sebuah restoran makanan laut di sini dengan harga RM9,120.

sumber- sinarharian
1
Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop