Tuesday, April 1, 2014

Program Realiti Juara Joran Astro


Sekiranya anda seorang kaki pancing, Sertai Program terbaru di Astro iaitu Juara Joran. Program ini adalah sebuah rancangan realiti yang melibatkan seorang pemancing dan seorang artis di dalam satu pasukan. Mereka akan bersaing dengan 16 pasukan diantara mereka yang mana masing-masing akan melalui cabaran yang akan menguji ketahanan mental, fizikal dan bakat memancing. Pada pengakhirannya mereka akan bertanding dalam kemahiran memasak secara langsung dan pasukan yang berjaya secara keseluruhannya akan meneruskan perjuangan mereka ke tahap seterusnya dan yang kalah akan disingkirkan.

Syarat-syarat penyertaan

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 - 45 tahun pada 30 Mac 2014
  • Mesti berkebolehan memancing ikan
  • Mesti berkebolehan untuk memasak
  • Mesti berada dalam kesihatan yang sempurna dan bersedia untuk aktiviti luar

Untuk muat turun borang penyertaan, sila klik disini dan hantar kejuarajoran@astro.com.my 
0
Powered by Blogger.

pelawat

Flag Counter

Meletop